TENTANG SAYA ADA BANYAK.... JANGAN TANYA, SAYA SUDAH ADA JAWAPANNYA.. OK? SELAMAT DATANG!

Friday, March 28, 2014

KUMPULAN NASYID KU (BIODATA)

 Saya, Aina, Farah, Syafikah, Linda, Nasfati, Fatimah, Ainul, Liyana dan Adawiah. Kami di pilih menjadi kumpulan nasyid. pada waktu itu, kami sangat terkejut. selepas kami berbincang, saya dipilih untuk menjadi ketua ahli kumpulan. kemudian, ustazah menguji suara saya. ustazah dan rakan-rakan yang lain berpuas hati dengan suara saya. saya berasa sangat gembira pada waktu itu. lagu yang akan kami dendang kan ialah Solatun Bissalamil Mubin dan Siratunnabi.

semasa di peringkat zon, kami berasa gementar. tetapi, untuk ustazah yang telah lama melatih kami, kami memberanikan juga langkah kami di atas pentas. kami membaca doa supaya tiada yang tersilap. kami berharap sangat supaya kami mendapat nombor 1. selepas keputusan diumumkan, kami berasa gembira apabila kumpulan kami di ketegori kan sebagai tempat pertama. alhamdulillah, ustazah berasa senang hati.

seterusnya, kami pergi ke Pekan Sungai Air Tawar. kami masuk ke peringkat daerah pula. memang banyak pesaing-pesaing kami di sana. kami mendapat undian yang ke-tiga. kami bersedia di tepi pentas. ustaz memberikan sokongan kepada kami. selepas kami membuat persembahan, kami pergi membeli ice blend dan makanan-makanan lain. ustazah meminta kami menunggu di dalam dewan. kami akur dengan perintahnya.

semasa didalam dewan, kami amat gementar. apabila keputusan di umumkan, kami gembira sekali lagi apabila kami di umumkan sebagai tempat pertama. Ya Allah! tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati kami.

BERSAMBUNG........

1 comment:

kalau awak komen yang positiv, saya akan komen yang positiv di blog awak. tapi kalau awak komen yang sebaliknya, saya juga akan komen yang sebaliknya..